Apa ini?

Friday, 24 May 2013

Bahaya WiFi Percuma Di Tempat Awam

Wifi Percuma



Mungkin ramai yang suka atau sering online facebook, twitter, email dan sebagainya di tempat awam yang menyediakan kemudahan internet atau wifi percuma terutamanya di kolej, kedai-kedai makan, pusat membeli belah dan sebagainya. Tapi tahukah anda online di tempat terbuka sebenarnya berisiko tinggi untuk di hack?

Ya betul, online di tempat terbuka memang memudahkan akaun anda di godam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kaedah Rampasan Sesi atau Session Hijacking dengan menggunakan Firesheep iaitu add on yang di buat untuk browser Mozilla Firefox.

Dengan teknik ini, pengodam dengan mudah dapat mencuri cookies iaitu data lengkap tentang akaun seseorang yang terdapat dalam komputer/ laptop pemangsa. Ianya memang mudah bagi yang pakar.. ekeke, apabila dapat cookies atau data ni, pengodam hanya terus masuk ke akaun pemangsa tanpa perlu log in, bahaya bukan? bagaimana dengan urusan perbankan? memang bahaya.


Jadi antara tips-tips yang boleh diberi:-

1. Jangan log masuk atau online dekat wifi percuma yang pelik- pelik di kawasan perumahan yang tidak diketahui datang dari mana.

2. Kalau dah selesai urusan di internet, cepat-cepat log keluar dan clear history dan cookies.

3. Jangan log in di mana – mana laman web yang tidak mempunyai https dalam url laman web nya. (Dikatakan laman web yang menggunakan https lebih selamat daripada rampasan sesi Session Hijacking.

4. Nak selamat, jangan buat urusan perbankan seperti maybank2u, cimb click di tempat awam dan atau mungkin di cyber cafe..

Wednesday, 15 May 2013

APA ITU BLUE SCREEN OF DEATH (BSOD)?

BSOD merupakan suatu situasi di mana komponen atau system mengalami crash/stop yang critical. Ia menunjukkan operasi tidak dapat diteruskan kerana masalah pada sistem fail. Skin anda menjadi biru yang disertai dengan code2 tertentu..


Kenapa BSOD ni boleh berlaku?
------------------------------------
1. Serangan Virus atau Spyware
Virus dan Spyware boleh menyebabkan komputer anda dalam risiko yang tinggi menghadapi Blue Screen ini.. Ia menyerang komputer anda tanpa anda sedari.. Virus atau spyware ini boleh menyerang BIOS, Driver Device [Pemacu Peranti] yang membawa kepada kerosakkan pada fail-fail didalamnya.

2. Perkakasan Yang Gagal Berfungsi
Sekiranya perkakasan atau peranti komputer tidak dapat berfungsi sepenuhnya atau rosak, BSOD akan terjadi.. Ia termasuk juga masalah CPU terlalu panas…

3. Perisian Yang Gagal Berfungsi
Perisian yang mempunyai masalah ketika proses pemasangan [install]…Perisian ini mungkin mempunyai masalah untuk berinteraksi dengan Windows kerana semasa proses pemasangan terdapat fail-fail yang telah rosak.. Perisian yang tidak serasi dengan Windows juga boleh menyebab BSOD ini, contohnya Windows 8 memerlukan perisian yang hanya dibangunkan khas untuk sistem operasi ini sahaja dan jangan sesekali install perisian yang tidak boleh beroperasi dengannya.

4. Device Driver [Pemacu Peranti]
Apabila perkakasan baru dipasang pada komputer dan pemacu perantinya tidak sesuai, salah atau tidak dikemaskini untuk perkakasan tersebut.. Ini akan menyebabkan perkakasan tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan Windows.

5. Startup Error
Perkakasan gagal, driver rosak, corrupt file volume, system misconfiguration dan jangkitan virus boleh menyebabkan windows tidak boleh beroperasi ketika proses boot.. Semua error akan dipaparkan sebelum Windows dipaparkan.. Ketika proses boot, Windows tidak dapat berkomunikasi dengan fail-fail yang berkaitan dengan sempurna..

6. Registry Error
Kerosakan pada Registry boleh terjadi dengan tidak dijangka.. Windows Registry ini mengandungi suatu sistem konfigurasi yang lengkap termasuk konfigurasi perkakasan dan device driver.. Sekiranya terdapat ralat pada sistem Registry dengan mudah ia menyebabkan sistem tidak berfungsi dan menyebabkan Bue Screen.


Antara contoh kod ketika BSOD
------------------------------------
1. Attempted Write To Read-only Memory (stop code 0X000000BE)
Biasanya masalah ini disebabkan terdapat masalah pada driver atau service. Rolling back the driver mungkin boleh menyelesaikan.

2. Bad Pool Caller (stop code 0X000000C2)
Biasanya masalah ini lebih kepada memory [RAM].

3. Data Bus Error (stop code 0X0000002E)
Masalah ini biasanya disebabkan terdapat kerosakan/error pada hardware, biasanya memory [RAM].

4. Driver IRQL Not Less Or Equal (stop code 0X000000D1)
Disebabkan drivers hardware address yang tidak sesuai.

5. Driver Power State Failure (stop code 0X0000009F)
Disebabkan tidak compatible antara “computer’s power management” dengan driver atau services.

Tuesday, 14 May 2013

IBNUSINA EYEWEAR

Mata adalah anugerah yang tidak TERNILAI HARGA!. Penjagaan mata yang rapi amat perlu bagi memastikan ia kekal sihat. IbnuSina Eyewear telah mengambil hasil kajian Ilmuwan Islam zaman dahulu & hasil kajian moden oleh Pakar Optometrist Dr William Bates & Dr Roberto Kaplan untuk membantu mereka diluar sana untuk merawat masalah mata.
Produk IbnuSina Eyewear dapat membantu mengurangkan kesan RABUN JAUH, RABUN DEKAT, ASTIGMATISM & MYOPIA. Penggunaan yang kerap akan membantu mencegah & mengatasi masalah ini. Ia membantu mata anda untuk lebih FOKUS. Hanya penggunaan selama 15-30 minit sehari sudah cukup. Kini anda tidak perlu risau lagi untuk menukar cermin mata ke “POWER” yang lebih tinggi.













Monday, 13 May 2013

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W


MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~

@[191376594270091:274:Jangan Lupa Tekan Share]~


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Benarkah Roti Gardenia Naik Harga?

Sejak PRU13 berlalu, dalam diam-diam tiba-tiba roti Gardenia menjadi perhatian apabila dikatakan telah naik harga. Persoalannya, benarkah harga roti Gardenia dinaikkan. Ini kerana perlabelan harga roti telah tersebar di laman-laman sosial.

 

Gambar bukti sebenar bahawa kenaikan harga roti Gardenia adalah palsu dan tidak benar. Timbul isu pada mei 2013 bahawa harga roti Gardenia naik secara mendadak dan tersebar di laman sosial. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengguna Roti Gardenia. Harga asal roti Gardenia di semenanjung adalah RM 2.40 tapi dinaikkan sehingga RM4.20.




Untuk pengetahuan anda, harga RM 4.20 adalah roti Gardenia di Sabah sahaja. Harga di semenanjung Malaysia masih kekal dan kedua-dua pengurusan syarikat gardenia sabah dan semenanjung adalah berbeza sama sekali.

Petisyen: PR Yakin BN Tumbang

Pembangkang menaruh keyakinan akan dapat menumbangkan kerajaan BN termasuk menerusi cadangan memfailkan petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi parti pemerintah.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, jika usaha itu berjaya, kerajaan BN akan tumbang dan PR akan mengambil alih Putrajaya.



“BN sekarang ada 133 kerusi Parlimen. Sekiranya daripada petisyen yang kita akan buat, kita berjaya dapat 22 kerusi, yang akan tinggal pada BN hanya 111 kerusi. Ini bermakna kita akan dapat majoriti dan jadi kerajaan,” katanya di sini, semalam.
  
Kit Siang berkata, mengambil kira undi popular, PR sudah dapat 51 peratus berbanding BN yang hanya dapat 47 peratus.
“BN dapat sokongan minoriti daripada UNDI popular,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai petisyen yang akan dikemukakan, Kit Siang berkata, DAP sudah melantik Gobind Singh Deo untuk mengetuai jawatankuasa yang akan meneliti perkara itu.

“Kita tunggu keputusan PRU13 diwartakan, selepas itu dalam tempoh 21 hari, kita boleh buat petisyen. Kita jangka boleh kemuka petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi BN,” katanya.

Ditanya mengenai cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan supaya 89 calon PR yang memenangi kerusi Parlimen pada pilihan raya lalu tidak angkat sumpah kerana menolak keputusan PRU13, Kit Siang berkata: “Tidak perlu hirau cabaran ini. Kita tak perlu jawab apa-apa cabaran.” – Sinar Harian

Friday, 10 May 2013

Tips penjagaan laptop

Penggunaan komputer riba atau laptop adalah trend masa kini. Mudah dibawa serta menampilkan gaya eksklusif. Biar pun telah lama digunakan dengan penjagaan yang sempurna ia seperti baru dibeli. Penjagaan komputer riba yang efektif memanjangkan jangka hayat penggunaannya. Ikutilah beberapa tip cara penjagaan komputer riba anda.

1.Bateri

- Elakkan daripada penggunaan bateri.

- Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.

- Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.

- Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.

- Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.

- Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.

- Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.

- Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD

- Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.

- Gunakan screen saver.

- Power management setkan pada 'Turn Off monitor in ... minutes'.

- Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.

- Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan 'Dead pixel'.

4. Haba Panas

- Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.

- Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector

- Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.

- Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.

- Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.

- Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port

- Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.

- Gunakan berus atau berus gigi lama.

- Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.
Penggunaan komputer riba atau laptop adalah trend masa kini. Mudah dibawa serta menampilkan gaya eksklusif. Biar pun telah lama digunakan dengan penjagaan yang sempurna ia seperti baru dibeli. Penjagaan komputer riba yang efektif memanjangkan jangka hayat penggunaannya. Ikutilah beberapa tip cara penjagaan komputer riba anda.

1.Bateri

- Elakkan daripada penggunaan bateri.

- Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.

- Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.

- Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.

- Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.

- Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.

- Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.

- Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD

- Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.

- Gunakan screen saver.

- Power management setkan pada 'Turn Off monitor in ... minutes'.

- Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.

- Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan 'Dead pixel'.

4. Haba Panas

- Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.

- Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector

- Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.

- Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.

- Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.

- Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port

- Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.

- Gunakan berus atau berus gigi lama.

- Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Thursday, 9 May 2013

Drift Kereta Menarik - Kereta Pas Vs Kereta BN



Drift Kereta Menarik - Kereta Pas Vs Kereta BN | Satu video menarik dilihat mula tersebar sejak beberapa hari lepas dilaman web dan juga facebook. Video kereta drift PAS VS BN!!


Drift Kereta Menarik - Kereta Pas Vs Kereta BN

Paling menarik bila warna kereta tu pun dicat mengikut warna parti masing-masing. Memang cool habis la video ni. Saya rasa memang derang dah rancang dah nak buat/lawan drift ikut parti kot....layannn.


                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              

Keputusan PRU13 Akan Dicabar?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Pakatan Rakyat meneruskan penolakan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang sarat dengan penipuan dan keraguan ke mahkamah, demi menyelamatkan hak dan masa depan rakyat Malaysia yang lebih terjamin. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, keputusan itu penting bagi memastikan segala kecurangan dalam PRU akan datang dapat dibasmi dengan lebih berkesan.


“Kita tidak mahu apabila kita terima keputusan PRU lepas, SPR dan kerajaan anggap rakyat tidak kisah dengan penipuan yang berlaku. Jadi kita putuskan untuk tolak keputusan ini dan akan bantah melalui mahkamah dan dalam Parlimen.

“Kalau dahulu saya mengejar pencuri lembu, sekarang saya akan kejar pencuri keputusan PRU ini kerana kerajaan haram yang ditubuhkan adalah sebuah mandat yang akan mencuri masa depan Malaysia.

“Kita tidak mahu penipuan ini berlaku lagi, lagi dan lagi. Kita mesti bangkit menolak penyelewengan yang jelas ini dan kita mesti lawan sampai ke Putrajaya,” kata Ahli Parlimen Pandan itu pada program Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13, di Stadium Kelana Jaya malam kelmarin.

Rafizi turut menolak sentimen perkauman yang dimainkan Umno BN apabila gagal memenangi undi dari kaum Cina. “Saya orang Melayu dan di hadapan saya ini ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan Dusun.

“Saya tidak akan berdiam diri jika Cina diancam dan bukan sahaja saya, malah seluruh rakyat Malaysia yang mahukan keamanan akan bangkit mempertahankan sahabat mereka dari bangsa dan agama lain,” kata Rafizi.

5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu

Setiap orang mempunyai pengalaman  tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Di sini saya  ingin berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang kita sendiri tidak tahu. Namun begitu, jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kita boleh membuat pilihan sendiri. Jom baca di bawah ini.
Sekadar gambar hiasan
Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.
Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.  Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.
Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.  Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

Wednesday, 8 May 2013

Bagaimana Nabi Muhammad Mengajar Kita Untuk Keluar Dari Kemiskinan ?

Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta bantuan.
Baginda saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?”

Lelaki Ansar menjawab, “Ya ada. iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai hamparkan. Dan juga bekas minum.”

Rasulullah saw pun terus berkata, “Bawa kedua-duanya  kepada aku.”

Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, “Siapa yang mahu membeli dua barang ini?”


Seorang lelaki menjawab, “Aku akan membelinya dengan 1 dirham,”

Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali, “Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?”

Seseorang pun menjawab, “Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,”

Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata, “Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.”

Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda. Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu berkata, “Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini.”

Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah saw bersama 15 dirham. 

Rasulullah saw pun berkata, “Beli makanan dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan.”

Apa Itu Keluarga Generasi Sandwich?

"Wak Lanang menerima RM 1000 sebulan, sumbangan kolektif dari 5 orang anaknya.”

5 orang anak Wak Lanang ini dikenali sebagai keluarga generasi sandwich.

Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Banci Penduduk Perumahan Malaysia 2010 menunjukkan 1 dari 4 keluarga di kota tergolong dalam generasi ini.
Tuan puan yang berusia 30 tahun di atas di Malaysia, atau barangkali seawal usia 25 tahun kebanyakannya termasuk ‘keluarga generasi sandwich’. Iaitu generasi yang terpaksa membahagikan pendapatan mereka kepada 3:
1) Untuk diri sendiri
2) Untuk ibu bapa
3) Untuk anak-anak

Ada sebahagiannya, membahagikan pendapatan juga untuk datuk nenek atau adik beradik.
Keadaan telah berubah sebab itu generasi ini wujud. Misalnya ada di kalangan pesara cuma mendapat pencen sekitar RM 900 sahaja. Dulu masa baru pencen ok, tapi sekarang? Sedangkan jangka hayat rakyat Malaysia semakin panjang.

Begitu juga perbelanjaan pendidikan anak-anak. Dulu kebanyakan kita hanya masuk pendidikan pra sekolah ketika umur 6 tahun. Sekarang seawal usia 3 tahun kita dah hantar ke sekolah-sekolah pra sekolah yang terkemuka. Selepas itu anak-anak ini ada yang dihantar ke sekolah swasta. Ini belum kira kos pendidikan sehingga ke universiti.

Susulan dari kajian ini Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah mencadangkan kepada pihak kerajaan melalui Ketua Pengarahnya Datuk Aminah Abdul Rahman :

Saiz isi rumah keluarga di Kuala Lumpur yang rendah iaitu purata empat orang setiap keluarga turut menyebabkan beban untuk menjaga ibu bapa mereka terpaksa dikongsi jumlah anak yang sedikit.

Beliau berkata, situasi itu akan menjadi lebih serius dan membimbangkan terutama bagi pasangan muda yang tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menguruskan keperluan anak dan ibu bapa serentak.

“Cabaran itu tidak boleh diambil ringan kerana tuntutan keluarga dan kerjaya memberi tekanan emosi dan mental sekiranya khidmat sokongan keluarga tidak disediakan pihak berwajib,” katanya kepada pemberita selepas taklimat Dasar Keluarga Negara di sini, semalam. Turut hadir, Pengerusi LPPKN, Tan Sri Napsiah Omar.

Sehubungan itu, Aminah menyarankan kerajaan supaya menyediakan khidmat sokongan lebih komprehensif seperti mempermudahkan peraturan bagi pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas, selain mengkaji semula dasar yang tidak mesra keluarga di tempat kerja.

Katanya, semua dasar kerajaan berhubung isu kekeluargaan perlu diambil kira dalam setiap perancangan dan pembangunan bagi memperkasakan ketiga-tiga generasi keluarga sandwich itu. (Berita Harian, 30 Jun 2011)

Lebih 50,000 Hadir Ke Himpunan Pakatan Di Kelana Jaya

Perhimpunan di Stadium Kelana Jaya malam ini menarik kehadiran puluhan ribu orang selepas pilihan raya umum Ahad lalu yang membuat ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak puas hati. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai perhimpunan ini dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.


Walaupun hujan renyai-renyai sejak petang tadi, ia tidak menghalang mereka berkumpul di stadium itu.
Lebuhraya Persekutuan yang menghala ke kawasan perhimpunan jam teruk sejak petang tadi.
Ini adalah perhimpunan pertama dianjurkan selepas pilihan raya umum ke 13 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa tetapi penuh dengan kecacatan.  
 


 

(GAMBAR) Penyanyi Black Mentor Kemalangan Jalan Raya




Penyanyi Black telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di antara Behrang dan Slim River pada jam 2 pagi semalam.


Black yang memandu kereta jenis BMW itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan berat,namun kereta kesayanganya itu hampir ‘total lost’.
Menurut smber,sebelum kemalangan itu berlaku, Black dalam perjalanan menuju ke Kulim kerana perlu menghadiri persembahan di sana.



Khasiat memeluk isteri kita dan pelukan suami untuk isteri



Salam semua,




Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Friday, 3 May 2013

Penghujung tembok Besar China

Pernah Lihat Hujung Tembok Besar China?


Tembok Besar China adalah salah satu daripada keajaiban senibina dunia. Namanya terkenal di seluruh dunia, dan menjadi lokasi pelancongan wajib bagi sesiapa yang mengunjugi China. Tetapi adakah anda tahu dimanakah letaknya hujung Tembok Besar China??


Tembok Besar Chinaseperti dibangun melampaui batas kemampuan manusia. Rentetan peristiwa dan tragedi mewarnai pembinaannya, dua ribu tahun lalu, pada masa Dinasti Qing.Tembok Besar China ini dibangun atas perintah Kaisar pertama China iaitu Qin Shi Huang, untuk melindungi Kekaisaran China. Memerlukan waktu puluhan tahun iaitu dari 220-206 SM untuk menyiapkan tembok raksasa ini.






Tembok Besar China ini memanjang lebih dari 20,000 kilometer, membelah dataran luas dan gunung-ganang China. Selain Top Lake di sebelah barat, hujung lainnya terletak di Shanhaiguan. Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old Dragon`s Head atau disebut juga Laolongtou. Hujungnya terapung di permukaan Laut Bohai. Tempat ini juga menjadi destinasi pelancongan kerana di atasnya terdapat menara pemantau dan sebuah kuil.

Shanhaiguan atau Shanhai Pass berlokasi dekat Kota Qinhunangdao, 300 kilometer sebelah timur Beijing. Shanhai Pass memanjang 5 kilometer, bermuara langsung ke laut Bohai.

Wednesday, 1 May 2013

Gambar Cover Facebook Timeline Yang Kreatif

Gambar Cover Facebook Timeline Yang Kreatif


Semenjak facebook memperkenalkan fungsi timeline di profile facebook dan fanpage, nampaknya banyak gambar-gambar tertentu yang pelik, yang lawak, yang di buat untuk dijadikan cover photo untuk profile facebooknya.
Tapi dalam beberapa banyak cover photo facebook yang ada, ini mungkin sedikit sebanyak cover photo facebook timeline yang agak kreatif.. meh tengok gambar ni..Dipetik dari epundit

Gambar Cover Facebook Timeline Yang Kreatif
Gambar Cover Facebook Timeline Yang Kreatif

Gambar Cover Facebook Timeline Yang Kreatif
Gambar Cover Facebook Timeline Yang Kreatif
Gambar Cover Facebook Timeline Yang Kreatif
Gambar Cover Facebook Timeline Yang Kreatif
Gambar Cover Facebook Timeline Yang Kreatif
Gambar Cover Facebook Timeline Yang Kreatif
Gambar Cover Facebook Timeline Yang Kreatif
Gambar Cover Facebook Timeline Yang Kreatif


Style....

Best kena rabe

Terbaru seorang pelajar perempuan telah memuat naik status di laman Facebook, yang kelihatan agak tidak sopan serta tidak kena dengan usianya yang masih menuntut di sekolah. Teruk dah budak-budak sekatang ni.



Maksiat

Counter Strike: Global Offensive

Counter Strike: Global Offensive berlokasikan map di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kelihatan kereta buatan Malaysia, Teksi dan pelbagai bangunan lain sedaya upaya mencuba untuk menyerupai lokasi sebenar.
Kepada sesiapa yang memeng kaki game boleh try gamne ni. Tengok video ni