Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
“Seseorang
itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana
pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan
pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
“Bagaimanapun,
sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di
tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan
Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga
Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti
Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon
endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai
penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai
kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan
gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah
S.A.W.
Tambah
beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan
suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan
isteri.“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan
digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak
ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas
beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu
pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.“Wanita yang
mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung
untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.
No comments:
Post a Comment