Apa ini?

Monday, 13 May 2013

Benarkah Roti Gardenia Naik Harga?

Sejak PRU13 berlalu, dalam diam-diam tiba-tiba roti Gardenia menjadi perhatian apabila dikatakan telah naik harga. Persoalannya, benarkah harga roti Gardenia dinaikkan. Ini kerana perlabelan harga roti telah tersebar di laman-laman sosial.

 

Gambar bukti sebenar bahawa kenaikan harga roti Gardenia adalah palsu dan tidak benar. Timbul isu pada mei 2013 bahawa harga roti Gardenia naik secara mendadak dan tersebar di laman sosial. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengguna Roti Gardenia. Harga asal roti Gardenia di semenanjung adalah RM 2.40 tapi dinaikkan sehingga RM4.20.




Untuk pengetahuan anda, harga RM 4.20 adalah roti Gardenia di Sabah sahaja. Harga di semenanjung Malaysia masih kekal dan kedua-dua pengurusan syarikat gardenia sabah dan semenanjung adalah berbeza sama sekali.

No comments:

Post a Comment