Apa ini?

Wednesday, 15 May 2013

APA ITU BLUE SCREEN OF DEATH (BSOD)?

BSOD merupakan suatu situasi di mana komponen atau system mengalami crash/stop yang critical. Ia menunjukkan operasi tidak dapat diteruskan kerana masalah pada sistem fail. Skin anda menjadi biru yang disertai dengan code2 tertentu..


Kenapa BSOD ni boleh berlaku?
------------------------------------
1. Serangan Virus atau Spyware
Virus dan Spyware boleh menyebabkan komputer anda dalam risiko yang tinggi menghadapi Blue Screen ini.. Ia menyerang komputer anda tanpa anda sedari.. Virus atau spyware ini boleh menyerang BIOS, Driver Device [Pemacu Peranti] yang membawa kepada kerosakkan pada fail-fail didalamnya.

2. Perkakasan Yang Gagal Berfungsi
Sekiranya perkakasan atau peranti komputer tidak dapat berfungsi sepenuhnya atau rosak, BSOD akan terjadi.. Ia termasuk juga masalah CPU terlalu panas…

3. Perisian Yang Gagal Berfungsi
Perisian yang mempunyai masalah ketika proses pemasangan [install]…Perisian ini mungkin mempunyai masalah untuk berinteraksi dengan Windows kerana semasa proses pemasangan terdapat fail-fail yang telah rosak.. Perisian yang tidak serasi dengan Windows juga boleh menyebab BSOD ini, contohnya Windows 8 memerlukan perisian yang hanya dibangunkan khas untuk sistem operasi ini sahaja dan jangan sesekali install perisian yang tidak boleh beroperasi dengannya.

4. Device Driver [Pemacu Peranti]
Apabila perkakasan baru dipasang pada komputer dan pemacu perantinya tidak sesuai, salah atau tidak dikemaskini untuk perkakasan tersebut.. Ini akan menyebabkan perkakasan tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan Windows.

5. Startup Error
Perkakasan gagal, driver rosak, corrupt file volume, system misconfiguration dan jangkitan virus boleh menyebabkan windows tidak boleh beroperasi ketika proses boot.. Semua error akan dipaparkan sebelum Windows dipaparkan.. Ketika proses boot, Windows tidak dapat berkomunikasi dengan fail-fail yang berkaitan dengan sempurna..

6. Registry Error
Kerosakan pada Registry boleh terjadi dengan tidak dijangka.. Windows Registry ini mengandungi suatu sistem konfigurasi yang lengkap termasuk konfigurasi perkakasan dan device driver.. Sekiranya terdapat ralat pada sistem Registry dengan mudah ia menyebabkan sistem tidak berfungsi dan menyebabkan Bue Screen.


Antara contoh kod ketika BSOD
------------------------------------
1. Attempted Write To Read-only Memory (stop code 0X000000BE)
Biasanya masalah ini disebabkan terdapat masalah pada driver atau service. Rolling back the driver mungkin boleh menyelesaikan.

2. Bad Pool Caller (stop code 0X000000C2)
Biasanya masalah ini lebih kepada memory [RAM].

3. Data Bus Error (stop code 0X0000002E)
Masalah ini biasanya disebabkan terdapat kerosakan/error pada hardware, biasanya memory [RAM].

4. Driver IRQL Not Less Or Equal (stop code 0X000000D1)
Disebabkan drivers hardware address yang tidak sesuai.

5. Driver Power State Failure (stop code 0X0000009F)
Disebabkan tidak compatible antara “computer’s power management” dengan driver atau services.

No comments:

Post a Comment