Awas! Berhati-Hati Dengan Powerbank Palsu Berisi Pasir!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sejak kebelakangan ini, penggunaan
powerbank dikatakan semakin meluas, di mana-mana sahaja mesti ada orang yang menggunakannya, banyak peniaga yang menjual power bank ini kerana mendapat permintaan yang tinggi.
Tapi bagi pembeli, anda hendaklah berhati-hati dan berwaspada dengan power bank
yang hendak dibeli, ada satu kes di mana seorang pembeli ditipu apabila
powerbank yang dibelinya berisi pasir. Walaupun berlaku di luar negara
tak mustahil boleh berlaku di negara kita.

Niat seorang lelaki di Taiwan membeli bateri portabel atau popular
disebut “power bank” berkapasiti besar, mendapat nasib malang apabila
peranti yang dibeli itu dipenuhi pasir.

Lelaki ini dikatakan membeli sebuah power bank berkapasiti “24000 mAh” buatan sebuah syarikat berasal dari Shenzhen, China.

Jika dilihat sepintas lalu, tak ada yang pelik atau luar biasa dengan
power bank berwarna putih tersebut. Terdapat satu butang ‘ON’ diikuti
lampu-lampu indikator dan port USB. Yang mencurigakan adalah keterangan
kapasiti yang terdengar terlalu luar biasa.

Setelah dibuka, ternyata di bahagian dalam power bank ini ditemui dua
beg plastik berisi pasir, yang kemungkinan sengaja ditempatkan untuk
memberi sensasi “berat” yang meyakinkan.
Power bank tersebut masih boleh digunakan untuk mengisi bateri gadget
kerana memang menyediakan sebuah power-cell yang kelihatan uzur.
Kapasiti aslinya tidak diketahui, tetapi kemungkinan besar tidak
mencapai 24000 mAh yang tertulis pada pelekat di bahagian bawahnya.
# Dulu kes external hard disk. Macam- macam...
No comments:
Post a Comment