Gambar Dan Harga Myvi, Viva Dan Alza S-Series Baru 2013
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (
Perodua)
telah melancarkan edisi terbaharu model Myvi, Viva dan Alza dengan reka
bentuk yang lebih menarik serta peralatan dan aksesori tambahan yang
dikenali dengan Perodua S-Series.
Antara keistimewaan yang terdapat pada varian terbaharu Perodua
S-Series adalah stereng kuasa, pemain MP3 dan ketinggian kerusi pemandu
yang boleh diubah suai pada varian Viva S. Warna yang ditampilkan juga
agak menarik dengan warna terbaru ‘Ozzy Orange’.
Paling menarik kesemua model baru ini di datangkan dengan jaminan
servis Perodua selama 3 tahun. Selain itu harga yang ditawarkan juga
sedikit murah dari model yang terdahulu. Inilah peluang terbaik kepada
anda yang selama ini berkira-kira hendak membeli kereta Perodua.
Gambar terkini Myvi baru S-Series yang betul-betul mengancam
Antara bahagian dalaman model S-Series yang akan menambat hati pembeli
Gambar terkini Viva S-Series dengan warna Ozzy Orange
Perodua Alza S-Series yang amat sesuai untuk mereka yang berkeluarga besar

Di atas adalah senarai harga di atas jalan terkini Perodua Myvi, Viva
dan Alza edisi S-Series yang di jangka mendapat sambutan ramai kerana
khabarnya lebih murah dari sebelumnya tetapi lengkap dengan aksesori
tambahan baru yang menarik dari Perodua.
# Ada sahaja model kenderaan yang sentiasa diperkenalkan. Tukar kereta macam tukar baju. Loan untuk kenderaan adalah " BAD LOAN".
No comments:
Post a Comment