Monday, 15 April 2013
Masyarakat melayu khususnya pasti dari kecil telah diajar pelbagai amalan atau petua dari mak, abah , atuk, nenek dan masyarakat di sekeliling kita. "Tak boleh buat macam ni, nanti jadi macam ni" , " Jangan tidur petang " dan macam - macam lagi. Hari ini saya nak berkongsi dengan anda ilmu yang saya dapat melalui pembacaan saya. Jika ada yang baik marilah sama-sama kita jadikan ia teladan.
AL - FATIHAH
Anda digalakkan untuk membaca Surah Al-Fatihah setiap hari:
Dan selepas selesai membacanya,
Anda niatkan seperti di bawah:
Ya Rabb… Ya Rabb… Ya Rabb…
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (ibu & bapa) ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada diri aku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (Nabi Muhammad) Rasul ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kedua-dua (atuk & nenek) ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kesemua (adik-beradik) ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada seluruh umat Islam (yang hidup & yang mati),
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada insan yang pernah mendidik ku,
berkatilah hidup mereka semuanya,
dan masukkanlah kami ke syurgamu dan kekalkan kami di sana,
payungilah Rahmatmu kepada kami dari dunia sampai ke syurga,
dan kekalkanlah kami bersama keluarga kami di dalam syurga mu,
temukanlah kami semua dengan Nabi Muhammad di syurga mu Ya Allah,
aku telah bermohon pada mu tuhan ALAM SEMESTA,
makbulkan doaku ini,
jika tidak di dunia kau zahirkan, maka makbulkanlah di akhirat nanti,
SESUNGGUHNYA KAU TIDAK MEMUNGKIRI JANJI.
Amalan Saintifik Islam
Perkara & Penyebab Hilang Ingatan ~ Tumpul Minda
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin
Kurangkan makan organ dalaman ayam (ada disebut dalam Artikel Vatican)
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan makanan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam
Perkara & Penyebab Kuat Ingatan ~ Tajam Minda
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain-lain
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam-ulam
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imejinasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai (yang mempunyai pokok)
kerana di situlah terdapat banyak ion negetif dan cahaya matahari infra merah
(terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,
kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup
untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit.
Jangan ego & berlagak
Jangan dengki pada orang lain…
Jangan makan dari sumber yang tidak halal…
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal…
Jangan makan makanan yang ada pewarna…
Jangan makan makanan yang ada pengawet…
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali…
Jangan mandi selepas 9.00malam
Amalan Mulia
Untuk Ingatan ~ Untuk Minda
( dan yang paling penting dibawah ini )
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa,
kerana mati boleh datang bila -bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment