KISAH WANG KERTAS RM1 DAN RM100
Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat
dari kertas yg sama dan diedarkan oleh
Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak,
mereka bersama, tetapi berpisah di bank
dan beredar di masyarakat.
Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka
bertemu semula secara tidak sengaja di
dalam dompet seorang pemuda. Maka
mereka pun berbual:
Wang RM100 bertanya kepada RM1;
"Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor
dan berbau hamis?"
RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku
keluar dari bank, terus ke tangan orang
bawah daripada buruh, penjaja, penjual
ikan dan di tangan pengemis."
Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100;
"Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi
dan masih bersih?"
RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku
keluar dari bank, terus disambut
perempuan cantik, dan beredarnya pun di
restoran mahal, di kompleks membeli-belah
dan juga hotel berbintang serta
keberadaanku selalu dijaga dan jarang
keluar dari dompet."
Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau
berada di tempat ibadah?"
RM100 menjawab; "Belum pernah"
RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun
aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di
seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-
anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan
aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku
tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi
adalah sebuah manfaat."
Lantas menangislah RM100 kerana berasa
besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu
bermanfaat selama ini.
Yang kecil tidak semestinya rendah yang besar tidak semestinya gah.

No comments:
Post a Comment